KURUS SECARA SIHAT DENGAN INTERMITTENT FASTING (IF)

 Hai ... Assalamualaikum semua.

    Hari ni saya nak bercerita tentang perjuangan mendapatkan berat badan ideal selepas bersalin anak ke 6. Sudah tentu isu berat bdan ini menghantui ramai orang terutamanya ibu-ibu yang lepas bersalin. Jika anda seorang yang memang sejak azali mempunyai baka kurus, mungkin tak ada isu puntentang berat badan berlebih ni. Tapi bukan lah untuk saya yang sememangnya badan jenis berat YoYo ni. Setiap kali lepas bersalin isu nak dapatkan berat badan ideal ni memang sesuatu yang menjadi kerja berat buatku. 

    Sebenarnya sebelum ini macam-macam jenis diet dah cuba. Contohnya eat clean, diet keto, detox. mungkin ada kekangan diri yang tak membolehkan untuk terus konsisten. Almaklumlah, nafsu makan makin tinggi selepas tempoh berpantang. Masa berpantang tu bagus betul boleh disiplin pilih makanan yang sihat, waktu makan pun jaga sungguh-sungguh. Memang banyak lah berat saya turun. Dari berat akhir bersalin 74kg ke 56kg. Saya bersalin pada bulan September 2022. 18kg dah hilang tu selama tak sampai sebulan. Bangga sangat lah masa tu.

    Rupa-rupanya, tidak boleh over confident jika habit lama menjadi amalan. Kunci untuk kekal dengan berat ideal adalah konsisten dengan gaya diet yang betul. gaya hidup sihat ini memang perlu dijadikan amalan setiap hari. Bukannya apabila dah dapat berat yang di idamkan terus kembali ke habit yang asal. Sekarang berat badan agak menakutkan jika melihat nombor di papan penimbang. syukur sangat pada awal tahun ini tergerak hati untuk mendalami ilmu Intermittent Fasting (IF). Anda semua tahu ke apa itu IF ? Ok, jom saya terangkan.




APA ITU Intermittent Fasting (IF) ?

Intermittent Fasting (IF) merupakan sebuah diet yang berkonsep mengatur pola makan anda mengikut jadual yang tertentu. Maksudnya bukan setiap waktu kita boleh makan. Macam kita berpuasa kan? Betul, IF ini menggunakan kaedah puasa sebagai medium utama diet. Semestinya ia menarik minat ramai individu beragama Islam malahan individu beragama lain pun sudah ramai mengamalkan diet seperti ini.

Tahukah anada IF juga sangat popular di dunia barat lebih-lebih lagi dalam kalangan para atlet dan selebriti. Kini di Malaysia, IF sering menjadi topik hangat di media sosial dan media massa yang lain. Kebanyakan program-program kurus sudah menggunakan modul IF untuk menarik minat peserta.

Pendekatan IF adalah berbeza dengan pendekatan diet yang lain. Contoh jenis diet yang juga popular adalah seperti Diet Atkins, Diet Keto, Diet Kalori dan Diet Suku Suku Separuh. Diet-diet jenis ini lebih berfokus kepada pengaturan menu pemakanan harian dan wajib memilih jenis makanan yang sihat. Konsep diet seperti ini memerlukan perancangan dan pengamalan yang lebih terperinci dan teliti. Oleh itu, konsep ini agak membebankan bagi sesetengah pihak kerana memerlukan penyediaan makanan dengan lebih ketat. 

Sebaliknya, diet jenis IF ini hanya memerlukan pengaturan tempoh waktu makan (4 - 16 jam) dan waktu berpuasa (8 - 24 jam) mengikut tahap dan kesesuaian setiap individu. Bukan itu sahaja, malah tidur juga boleh dikira sebagai tempoh berpuasa. Ini menyebabkan ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.



























 kawan saya Shireylynn John tentang  Berkesankah IF ?? Boleh baca ya, jumpa lagi. Terima kasih.

Rafiah Sidi Ali



Comments

  1. Sy enjoy sangat buat IF, lagi2 bila buat bersama kawan2.. sedar tak sedar dh setahun amalkan IF.

    ReplyDelete
  2. Memang mudah maintain berat dengan IF

    ReplyDelete
  3. Info yang mudah difahami bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan gaya hidup IF.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KATA - KATA MOTIVASI PEMBAKAR SEMANGAT

Dapat makan vitamin PERCUMA dengan "Cash Rebate"

RENEWAL Shaklee dengan mudah dan PERCUMA !!