Posts

Showing posts from February, 2023

9 Sebab Kenapa Community Bisnes Shaklee Best

Image
    Assalamualaikum semua. Yang mengenali saya mesti tahu yang saya dah lama buat bisness Shaklee. Tak sangka tahun ni dah 11tahun saya jatuh bangun dalam bisnes ini. Ya, ade tempoh beberapa tahun dalam tempoh tersebut saya betul-betul menjauh dan mencuba bisnes yang macam-macam. Ha, nak cerita tentang dunia bisnes macam-macam ni, memang dari sebelum kenal bisnes Shaklee pun saya dah buat macam-macam bisnes lain. Ada yang modal kecil dan ada yang modal besar mencecah puluhan ribu modalnya. tapi semua kebanyakannya tak kekal lama. Setakat ini bisness Shaklee lah yang sangat dekat di hati saya dan paling lama bertahan sehingga kini. jika nak cerita tentang jatuh bangun kenapa boleh terjadi itu ini memang la takkan habis ceritanya malam ni. Ta Tajuk best ni confirm buat orang yang dah lama berada dalam circle Shaklee tersenyum-senyum sambil menaip. Betul sangat, bila dapat tajuk ni untuk entri ke 2 terasa banyak sangat sebab  

BLOG MEGA SHAKLEE 1.0 CIPTA GELOMBANG SHAKLEE YANG LEBIH TINGGI

Image
     Assalamualaikum semua. Entri kali ini hendak saya ceritakan bagaimana saya berminat untuk menyertai projek Blog Mega Shaklee 1.0. Secara jujurnya saya sudah lama tidak aktif di blog yang mana saya pernah wujudkan blog pada tahun 2013 dek kerana tiada "push factor" yang buatkan saya terus mengarang maka terkuburlah blog tersebut. Apabila master-master otai mewujudkan projek mega ini maka dengan semangat dan sokongan ramai maka terciptalah blog terbaru saya ini yang bernama  UmmiSyantik.com     Kenapa ia dinamakan projek Blog Mega Shaklee? Kerana ia telah disertai oleh lebih 100 orang pengedar Shaklee yang aktif di seluruh negara. Tujuan utama projek ini adalah untuk menaikkan kembali zaman kegemilangan Shaklee kerana pada tahun 2009-2010 adalah tahun di mana ramai yang mengenali Shaklee dari dunia blogging. Pada waktu itu kedai maya tiada banyak pilihan seperti sekarang. Carian vitamin Shaklee di Google melalui blog adalah yang paling tinggi. Menakjubka...

SET KURUS SHAKLEE YANG PALING BERKESAN - KURUS SECARA SIHAT

Image
IF dengan Set Kurus Shaklee     [ Set Kurus Shaklee yang paling berkesan - Kurus secara Sihat ].  Setiap kali masuk tahun baru pasti ada yang masih ulang azam nak kurus kan? Asyik kena perli aje asyik duk ulang azam yang sama. Yang pasti bukan anda keseorangan ya. Ramai yang berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Ada yang mencuba pelbagai jenis cara diet termasuk cara  Intermittent Fasting  (boleh baca penerangan saya di entri ini). Ada juga mencuba pelbagai set produk kurus yang ada di pasaran.     Ibu-ibu yang lepas bersalin terutamanya mempunyai igauan ngeri bila tidak dapat kembalikan berat badan asal. Stress sangat kan? Sampai ada yang perlu beli baju saiz baru. Nak bergaya seperti zaman anak dara pun dah ke laut dalam. Lagi memburukkan lagi keadaan jika terpengaruh dengan momokan ibu menyusu perlu makan banyak untuk menghasilkan susu untuk bayi. Akibatnya berat badan mendadak naik walaupun baru bersalin ...

KURUS SECARA SIHAT DENGAN INTERMITTENT FASTING (IF)

Image
  Hai ... Assalamualaikum semua.      Hari ni saya nak bercerita tentang perjuangan mendapatkan berat badan ideal selepas bersalin anak ke 6. Sudah tentu isu berat bdan ini menghantui ramai orang terutamanya ibu-ibu yang lepas bersalin. Jika anda seorang yang memang sejak azali mempunyai baka kurus, mungkin tak ada isu puntentang berat badan berlebih ni. Tapi bukan lah untuk saya yang sememangnya badan jenis berat YoYo ni. Setiap kali lepas bersalin isu nak dapatkan berat badan ideal ni memang sesuatu yang menjadi kerja berat buatku.       Sebenarnya sebelum ini macam-macam jenis diet dah cuba. Contohnya eat clean, diet keto, detox. mungkin ada kekangan diri yang tak membolehkan untuk terus konsisten. Almaklumlah, nafsu makan makin tinggi selepas tempoh berpantang. Masa berpantang tu bagus betul boleh disiplin pilih makanan yang sihat, waktu makan pun jaga sungguh-sungguh. Memang banyak lah berat saya turun. Dari berat akhir bersalin 74kg ke 56kg....

SALAM UKHUWAH

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Assalamu'alaikum wbt..           Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Rafiah Binti Sidi Ali. Anak ke 8 adik beradik (6 perempuan dan 4 lelaki). Berumur 39 tahun dan saat ini sudah mempunyai 6 orang cahaya mata berumur 13thn, 11thn, 8thn, 7thn, 5thn dan 4bulan. Saya berasal dari Terengganu dan sekarang menetap di Temerloh, Pahang. Merupakan seorang guru Matematik di aliran perdana selama 15 tahun sebelum terjun ke dunia Pendidikan Khas di sekolah menengah pada Mei 2023.       Syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan abah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di PASTI Kg Maras, K. Trg. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Maras, K.Trg sehingga darjah 6. Mendapat pendidikan mene...