Posts

Showing posts from April, 2023

Hari Raya Dengan Shaklee

Image
  Assalamualaikum. Selamat Hari Raya semua...     Waktu saya menulis entri ini sudah pun hari raya ke 5. Sejak balik kampung belah mertua di Triang (rumah saya di Temerloh) memang non stop kami beraya. Raya sakan orang cakap. Mana taknya, raya ke 2 kami dah berjalan raya ke rumah saudara di Chini yang ambil masa perjalanan hampir 3jam. Kemudian raya ke 3 pulang beraya ke kampung nenek di Teluk Intan Perak. Raya ke 4 ziarah Raya di Sungai Besar Selangor. Suami memang asal orang Kuala Selangor. Hari ni raya ke 5 siap-siap dah nak checkout homestay dan sambung perjalanan pulang ke kampung saya di Terengganu pula. MasyaAllah raya sakan kan? hehe.. macam ni lah bila masing-masing ada keluarga jauh dari tempat menetap. Haa bila dah banyak rumah diziarah ni pastilah dijamu dengan makanan raya yang macam-macam. Perut tak sempat nak kosong lah raya macam ni. Adik beradik ramai ada berseloroh, puasa sebulan turun 5kg, 5 hari beraya naik balik 5kg. Haru betul, dan mereka ketawa lagi, hehe. Sebab

Intensif Tambahan Shaklee Selain Bonus Bulanan

Image
 Assalamualaikum dan hai semua.  Entri kali ini saya sangat teruja untuk berkongsi tentang Insentif Shaklee Malaysia yg telah lama menjadi pengikat kesetiaan para pengedar Shaklee untuk terus mempromosikan jenama Shaklee ke seluruh Malaysia mahupun dunia.  Ramai yang tahu tentang bisnes Shaklee pasti akan dapat bonus tunai/Cash Bonus setiap bulan. Tapi ramai yg belum tau rupanya ada lagi intensif tambahan Shaklee berikan kepada leaders yang berjaya membesarkan kumpulan dan memajukan bisnes.  Baru-baru ini, pihak Shaklee Malaysia perkenalkan insentif Shaklee yang sangat best, namanya Field Incentive Program. Program yang bermula April hingga Jun 2023 ni sebenarnya nak tarik ramai lagi untuk berbisnes dengan Shaklee dan juga mana yang memang dulu bisnes dengan Shaklee nak buat comeback.   Syaratnya mudah saja. Naik rank Supervisor atau Senior Supervisor, lepas itu effective 2 bulan berturut, Shaklee akan bagi duit bonus tambahan RM 600. Atau kalau sebelum ini memang dalam rank Supervis

Tips Kurus Dengan Cepat

Image
       Lagi beberapa hari ummat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkin ketika ini ramai yang telah membeli baju baru dan jika yang masih belum beli pastinya akan memilih baju yang cantik dan terletak dibadan. Kalau kaum wanita, memang banyak yang bermain di fikiran. Maklumlah semuanya harus sempurna. Pakaian yang cantik untuk OOTD, aksesori yang perlu digayakan dan tidak ketinggalan ialah bentuk badan.   Jika anda juga salah seorang yang sedang berusaha menurunkan berat badan, dan masih tidak berjaya mendapatkan berat badan idaman walaupun sudah berpuasa selama sebulan, jangan susah hati. Ada cara mudah untuk menghilangkan lemak-lemak yang tidak diingini dan boleh dipraktikkan walaupun di musim perayaan nanti. 20 tips mudah dan ringkas untuk menurunkan berat badan dalam masa 10 hari .  Jom semak dan amalkan. Tidak rugi pun mencuba. 1) Tambah pengambilan air kosong dalam diet harian. Kali ini minum 4 ke 5 liter air setiap hari. 2) Gantikan kopi dan teh dengan teh hijau.

Bisness Online Terbaik di Malaysia

Image
  Hai assalamualaikum semua...      Tajuk entri kali ini saya nak story sikit tentang pengalaman bisness yang saya lalui dari mula sehingga ke hari ini. Sebenarnya saya bukanlah berasal dari keluarga berdarah peniaga yang berjaya, tetapi pengalaman arwah ibu dan bapa saya yang sedari saya kecil melihat mereka berusaha menyara kami anak-anak dari hasil perniagaan kecil - kecilan.     Mengikut cerita kakak (saya anak ke 8 dari 10beradik), arwah ayah dahulu melakukan pelbagai pekerjaan termasuk jadi pengayuh beca, arwah ibu menjual kain-kain pasang yang dijunjung diatas kepala menjaja dari rumah ke rumah.  Masih dalam ingatan waktu kecil saya berumur 5, 6 tahun dahulu (skrg dah berumur 39thn) , arwah ayah pernah menjalankan perniagaan kedai runcit. Bila saya masuk sekolah rendah, arwah ayah menutup perniagaan kedai runcit oleh kerana tidak dapat bersaing dengan beberapa kedai runcit lain yang semakin banyak beroperasi di hadapan kedai kami. Lokasi kedai kami berhadapan dengan pasar pagi K

Wow, Vitamin Kulit Cantik Shaklee Dengan Harga Rahmah!

Image
Hanya RM 3.50 sehari untuk kulit cantik, badan sihat dan kekal cergas setiap hari. Harga menu sihat Shaklee bulan ni lagi rahmah dari menu makanan di kedai kan? Hai, assalamualaikum semua. Terima kasih kerana sudi singgah ke Blog UmmiSyantik ;) Semenjak kerajaan kita memperkenalkan Menu Harga Rahmah, ramai rakyat Malaysia menyambut baik langkah kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi masalah kos sara hidup yang semakin tinggi, Kadar inflasi juga semakin tinggi. Alhamdulillah, sempena menyambut bulan yang mulia Ramadan Kareem, Shaklee menyahut seruan kerajaan dengan melancarkan  PROMOSI VITAMIN RAHMAH! Ada 2 items dalam  SET VITAMIN RAHMAH SHAKLEE  ini iaitu  VITAMIN C & ESP PROTEIN.  Sebenarnya harga asal 2 items ni adalah:- ~ VITAMIN C : Non Member = RM115, Member = RM92 ~ ESP : Non Member = RM173.75, Member = RM139 Kini, anda boleh dapatkan 2 items ni dengan  HARGA RAHMAH SERENDAH RM3.50 SEHARI!   SET A VITAMIN RAHMAH Ø   1 ESP + 1 VITAMIN C = RM99 (Normal Price