PART TIME JOB DI MALAYSIA

 Assalamualaikum.. apa kabar semua? Sudah semak baki duit dalam bank selepas beraya sakan?


    Tersentuh sangat melihat kartun sentuhan Arif San di atas ni kan? Nampak kelakar, tapi sebenarnya wujud realiti kisah begini di luar sana. Saya pun pernah melalui situasi yang sama, sampaikan perlu mengorek tabung duit syiling semata-mata untuk membeli susu dan pampers anak. Keperitan sebeginilah yang mendorong saya untuk membuat "Part Time Job".

    Di negara luar, situasi individu yang mempunyai 2 atau lebih kerja dalam satu masa adalah sangat normal. Di Malaysia masuk tahun 2000 baru lah ada kesedaran tentang kerja Part Time ini. Di sebabkan ekonomi Malaysia semakin tenat, gaji tak naik tapi harga barang melambung-lambung naiknya mendorong ramai rakyat Malaysia termasuk pelajar universiti untuk mencari kerja tambahan.

    Part Time Job ni dengan bahasa pasar nya ialah kerja tambahan secara sementara yang dilakukan oleh individu yang mempunyai pekerjaan tetap. Tetapi boleh juga di kategorikan kepada pelajar atau suri rumah atau individu yang belum mempunyai pendapatan yang berkeinginan mendapatkan pendapatan dengan cepat. Walaupun saya mempunyai pendapatan dari gaji hakiki, hakikat yang perlu ditelan gaji tersebut boleh untuk bertahan. Tetapi untuk hidup lebih selesa, perlunya ada pendapatan sampingan.

    Setelah 3tahun melalui situasi pandemik, rata-rata penduduk dunia terkesan. Seluruh negara mengalami situasi masalah ekonomi yang sangat teruk. Ramai yang diberhentikan kerja, peluang pekerjaan yang terhad, banyak jenis perniagaan yang mengalami pertumbuhan yang sangat perlahan. Tetapi saya sangat bersyukur kerana memilih bisnes Part Time berkaitan kesihatan dan kecantikan. Ini kerana bisnes sektor kesihatan dan kecantikan adalah antara bisnes kalis ekonomi. Maksudnya walaupun ekonomi di tahap teruk sekalipun, permintaan untuk kesihatan dan kecantikan tetap ada.


part time job sebagai beautician

    Sebenarnya di Malaysia banyak pilihan kerja part time yang boleh anda cuba, tetapi perlu lah dinilai dari segi kesesuaian dengan perkerjaan hakiki, keluarga, tempat tinggal, masa serta minat. Bercakap tentang minat, saya pernah membuat kerja tambahan sebagai bakers, mengambil tempahan kek. Rupa-rupanya jika bersandarkan minat semata-mata tetapi mempunyai kekangan masa dengan anak yang masih kecil, perniagaan tersebut hanya bertahan sekejap sahaja. Penat di dapur dan harga kos bahan mentah yang semakin meningkat tidak membantu saya pada ketika itu. 

    Contoh PART TIME JOB yang biasa dilakukan oleh rakyat Malaysia : -

~ Juru foto / Video 
~ Youtuber / TikTokers
~ Riders (Grab, Foodpanda, Mycar, etc)
~ Bakers
~ Pengasuh
~ Ambil upah memasak / menjahit
~ Home and mobile spa
~ personal shopper



Team Mobile Spa BOTG

    Saya memilih part time job dengan Team Mobile Spa BOTG kerana sesuai dengan naluri saya sebagai wanita yang sukakan kecantikan dan sangat mobile iaitu boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Boleh baca dengan lebih terperinci tentang mobile SPA BOTG . Jika anda juga berminat untuk memilih mobile spa sebagai part time job anda, jom hubungi saya segera melalui no di bawah.





RAFIAH SIDI ALI

SID : 1315216

No tel: 0133679300

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Business Leader

Shaklee TEMERLOH, PAHANG


#NextlevelBlogging #blogmegashaklee #Shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #kursusspamurah #spashaklee #mobilespa # mobilespamalaysia #kelasspaonline

 



Comments

  1. Sekarang ramai wanita bekerjaya yang takde masa nak g spa, demand servis spa kat rumah sendiri tu sangat tinggi. So sape yang buat part time job mobile spa ni memang masyukkkk....

    ReplyDelete
  2. Nampak keperitan tu.. Memang nak kena carilah part time job jugak. Best tulisan Rafiah. Saya suka 👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Seronoknya buat extra income dgn part time job.. Mobile spa ni sangat ok untuk kaum wanita..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KATA - KATA MOTIVASI PEMBAKAR SEMANGAT

RENEWAL Shaklee dengan mudah dan PERCUMA !!

Testimoni Shaklee Saya