BLOG MEGA SHAKLEE 1.0 CIPTA GELOMBANG SHAKLEE YANG LEBIH TINGGI

    Assalamualaikum semua. Entri kali ini hendak saya ceritakan bagaimana saya berminat untuk menyertai projek Blog Mega Shaklee 1.0. Secara jujurnya saya sudah lama tidak aktif di blog yang mana saya pernah wujudkan blog pada tahun 2013 dek kerana tiada "push factor" yang buatkan saya terus mengarang maka terkuburlah blog tersebut. Apabila master-master otai mewujudkan projek mega ini maka dengan semangat dan sokongan ramai maka terciptalah blog terbaru saya ini yang bernama UmmiSyantik.com

    Kenapa ia dinamakan projek Blog Mega Shaklee? Kerana ia telah disertai oleh lebih 100 orang pengedar Shaklee yang aktif di seluruh negara. Tujuan utama projek ini adalah untuk menaikkan kembali zaman kegemilangan Shaklee kerana pada tahun 2009-2010 adalah tahun di mana ramai yang mengenali Shaklee dari dunia blogging. Pada waktu itu kedai maya tiada banyak pilihan seperti sekarang. Carian vitamin Shaklee di Google melalui blog adalah yang paling tinggi. Menakjubkan, ramai pengedar Shaklee yang mempunyai blog pada waktu itu dengan senang mendapat ramai pelanggan dan akhirnya dapat menjana pendapatan dan kumpulan bisnes yang besar.

    Gelombang Shaklee pada tahun 2009-2010 adalah sangat tinggi melalui blog. Bayangkan jika buat carian set vitamin pasti akan keluar blog dari ahli Shaklee di carian teratas. Oleh kerana konsistennya para pengedar berkongsi ilmu kesihatan dan manfaat vitamin pada umum secara percuma maka tak hairanlah anda akan jumpa banyak penyelesaian kesihatan dengan nutrisi Shaklee. Menakjubkan semua yang keluar di carian adalah dari blog pengedar Shaklee sahaja!





BLOG MEGA SHAKLEE 1.0 CIPTA GELOMBANG SHAKLEE YANG LEBIH TINGGI 

    Dengan penyertaan Projek Blog Mega Shaklee ini, Master Norita dengan baik hati memberikan hadiah yang sangat lumayan atas tanda menghargai usaha semua ahli di bawah organisasi beliau dalam mencipta gelombang Shaklee. Ya betul, ibarat gelombang manusia di stadium memerlukan ramai orang yang berturutan mencipta gelombang tanpa putus. Vivix, Collagen, Nutriferon dan hadiah saguhati diberikan sebagai hadiah mengikut kriteria pemenang yang ditetapkan. Alhamdulillah saya memenangi Nutriferon yang mana ia telah memberi satu semangat baru pada saya untuk terus aktif di blog.

    Dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini, kami sama-sama menulis entri blog mengikut topik yang dipilih iaitu Pengenalan tentang Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee yang pastinya dapat memberi penyelesaian kepada pengamal IF untuk kurus secara sihat dan semulajadi.

    Untuk menulis 2 entri blog diatas ini pun sudah menguji komitmen, usaha dan pengorbanan semua peserta. Pasti semua mempunyai kenangan masing-masing untuk diceritakan. Seperti saya, kesibukan sebagai seorang guru pada waktu pejabat sangat melimitkan masa untuk menyiapkan entri blog. Bersambung pula di rumah sebagai seorang ibu kepada 6 orang anak dan juga isteri status PJJ dengan suami. Begitulah jika diminta tulis alasan pasti berjela-jela kan? Alasan yang banyak apa-apa tugasan pun pasti tidak dapat diselesaikan. 

    Perkara paling utama yang diharapkan dalam projek ini adalah ia yang akan memberi impak positif dengan terjadinya gelombang/wave dalam bisnes Shaklee. Bila naiknya gelombang Shaklee dengan lebih tinggi sudah pasti ia akan memberi tempias kepada semua pengedar Shaklee yang lain. Pada waktu ini di mana-mana pun akan ada orang mencari pengedar Shaklee kerana memerlukan produk Shaklee dengan segera. Ini lah yang terjadi pada ketika dulu dan tak mustahil ia boleh kembali berlaku kerana carian di Google masih relevan sehingga kini. 

    Blog Mega Shaklee 1.0 ini sangat memberi semangat baru pada saya untuk lebih rajin berkongsi di dunia blogging. Insyallah saya juga takkan jemu berkongsi tentang peluang bisnes Shaklee yang pastinya dapat menaikkan taraf ekonomi untuk semua. Semoga dengan projek ini dapat memberi impak yang besar kepada branding Shaklee di Malaysia. Dengan mudah juga rakyat Malaysia mendapat info penyelesaian kesihatan dengan Shaklee di carian internet.

    Akan datang, projek Blog Mega Shaklee ini akan dibuat lagi untuk versi 2.0. InsyaAllah akan datang lebih ramai penyertaan dan sudah tentu dapat cipta wave yang lebih besar lagi apabila kami melakukannya secara serentak nanti. 

Jom, anda pun boleh turut sama dalam GELOMBANG ini !!




     Harapan saya untuk projek Blog Mega Shaklee 2.0 akan datang adalah agar saya dapat melaksanakan semua entri yang diberi dengan lebih baik dan dapat menyiapkan awal dari tempoh masa yang diberikan. Ia penting kerana dengan cara kerjasama sebegini, ia sangat bagus untuk penjenamaan Shaklee semula dan menaikkan Shaklee di dunia internet ini. 

    Komuniti Shaklee kami sentiasa berusaha untuk berkongsi segala manfaat produk Shaklee untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia khususnya. Lebih banyak info dan kelebihan mengenai produk dan bisnes Shaklee di website http://anakkuwiraku.com/

    Berminat untuk sertai kami? saya sedia membantu anda. Jom hubungi saya dan saya akan bantu anda.

Rafiah Sidi Ali
Pengedar Shaklee Anda
Shaklee ID : 1315216
013-3679300

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
    




Comments

  1. Terbaik.. Alhamdulillah berjaya juga kita jayakan mega blog 1.0, now 2.0 pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak senang tapi rupanya nak tulis blog ni kena pecahkan tembok malas tu...insyallah 2.0 nnti kena buat betul²

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RENEWAL Shaklee dengan mudah dan PERCUMA !!

KATA - KATA MOTIVASI PEMBAKAR SEMANGAT

Dapat makan vitamin PERCUMA dengan "Cash Rebate"