Bisness Online Terbaik di Malaysia

 

Hai assalamualaikum semua...

    Tajuk entri kali ini saya nak story sikit tentang pengalaman bisness yang saya lalui dari mula sehingga ke hari ini. Sebenarnya saya bukanlah berasal dari keluarga berdarah peniaga yang berjaya, tetapi pengalaman arwah ibu dan bapa saya yang sedari saya kecil melihat mereka berusaha menyara kami anak-anak dari hasil perniagaan kecil - kecilan.


    Mengikut cerita kakak (saya anak ke 8 dari 10beradik), arwah ayah dahulu melakukan pelbagai pekerjaan termasuk jadi pengayuh beca, arwah ibu menjual kain-kain pasang yang dijunjung diatas kepala menjaja dari rumah ke rumah. Masih dalam ingatan waktu kecil saya berumur 5, 6 tahun dahulu (skrg dah berumur 39thn) , arwah ayah pernah menjalankan perniagaan kedai runcit. Bila saya masuk sekolah rendah, arwah ayah menutup perniagaan kedai runcit oleh kerana tidak dapat bersaing dengan beberapa kedai runcit lain yang semakin banyak beroperasi di hadapan kedai kami. Lokasi kedai kami berhadapan dengan pasar pagi Kg. Maras, K.Trg.

    Arwah ayah dan ibu memilih untuk menjual makanan pagi dari rumah pula untuk menyara kami. Dan akhirnya mereka memilih untuk fokus pada jualan hasil tanaman. Ya, berasal dari keluarga petani juga tetapi mewarisi minat berniaga dari ibu bapa. Dan dari sini macam-macam perniagaan yang saya sudah cuba dari sekolah rendah hingga sekarang. Dari modal sen hingga modal puluh ribu. Dari modal simpanan ke modal pinjaman bank (personal loan). Dari bisness secara konvensional ke bisness online .

    Pernah juga melakukan bisnes Multilevel Marketing (MLM) yang bermodalkan puluhan ribu dimana akhirnya tidak berjaya membuatkan saya terasa nak give up dalam perniagaan. Tapi lepas itu semacam tak serik kerana kemudiannya menjual kain batik sutera Trg dan menjual kek dan makanan yang dimasak sendiri. Macam tak serik berniaga kan? walaupun pada akhirnya berniaga makanan ni sangat memenatkan. Akan tetapi tuntutan kewangan itu yang memaksa perlunya ada sideincome selain gaji hakiki.





    Dalam fasa mencari bisness baru, saya agak memilih untuk mencari bisness yang kurang berisiko dari segi modal dan tuntutan masa. Akhirnya terjebak dalam Bisness Online Shaklee. Bermula dengan hanya ingin mencuba produknya. Jatuh cinta pula dengan marketing plannya. Dan kini alhamdulillah terjebak dengan bisnes yang mudah dan memang sangat – sangat menguntungkan ini.

    Tidak sangka hanya bermodalkan rm35 sahaja, Company ini layakkan semua ahli yang mendaftar dibawah Syarikat ini untuk menjual dan berkongsi kebaikan produk pada yang lain. Tiada double standart untuk dapatkan harga produk untuk menjual. Semua ahli yang ingin menjana pendapatan akan dapat membeli barang dengan harga yang sama. 

    Menarik bukan?! Sebab kebanyakan syarikat yang berkisarkan Multilevel marketing (MLM) ini selalu nya ada harga yang berlainan mengikut pangkat. Jom saya kongsikan kenapa saya jatuh cinta dengan bisness Shaklee dari tahun 2013 lagi. 

 

SYARIKAT SHAKLEE TELAH LAMA BERTAPAK DAN KUKUH.

Syarikat Shaklee telah lama bertapak dalam pasaran Malaysia. Hampir lebih 35 tahun di Malaysia. Kira lama dah dalam pasaran Malaysia. Terbukti ada beberapa customer saya memberitahu bahawa ibu bapa mereka malah ada datuk nenek mereka pernah mengambil produk Shaklee. Keyakinan saya bertambah bila melihat dan belajar sejarah penciptaan produk Shaklee yang dah melebihi 100 tahun.


BERMODALKAN RM 35 SAHAJA ATAU FREE DENGAN BELIAN PROMOSI.

    Jarang sangat kita jumpa orang yang berniaga menggunakan modal yang sangat rendah atau tanpa modal. Peniaga tepi jalan pun mesti guna modal yang besar untuk mulakan sesuatu perniagaan. Jadi, disini satu kelebihan pada Bisness Shaklee yang mana kita, bila sudah menjadi ahli secara automatiknya kita terus boleh menjual. Contohnya bulan ini dengan belian promosi set Rahmah terus dapat keahlian percuma, sudah tentu terus boleh bermula untuk berniaga Shaklee secara online atau offline.




SISTEM DAN LAMAN WEB YANG POWER & MEMUDAHKAN

    Setiap ahli yang mendaftar, Shaklee akan menyediakan nombor pengenalan @ ID Shaklee. Dan kita boleh melayari dalam Laman Web Shaklee secara dalam talian (online) dengan mudah sahaja. Mudah untuk membeli atau untuk dapatkan info tentang bisness dan produk. Shaklee telah menyediakan bahan-bahan rujukan , produk dan paling penting semua maklumat berkaitan dengan bisnes telah siap disediakan. Sediakan paparan uv, pv serta bonus yang kita akan dapat jika dapat capai peratus dalam Shaklee. Senang sangat-sangat. Memang memudahkan kita. Boleh lihat poster di atas dan dibawah ini. Setiap hari buka laman web, kita dah boleh lihat ‘gaji’ kita semakin bertambah seiring peningkatan usaha yang dilakukan bersama team. 



MASA DAN TEMPAT YANG FLEKSIBEL.

    Bisnes Shaklee ni boleh dijalankan dimana- mana mengikut kesesuaian masing². Buat dirumah boleh, di luar rumah pun boleh. Sambil masak untuk suami pun boleh. Sambil menjaga anak² pun boleh. Tidak hairanlah kebanyakkan daripada SID Shaklee yang berkerjaya tinggi akhirnya memilih untuk menjalankan perniagaan Shaklee di rumah dengan gelaran "work at home mum". 

    Kini Shaklee lebih mudah dijalankan secara online seiring dengan teknologi semasa. Menggunakan talian internet untuk berhubung dan berniaga. Menggunakan sepenuhnya media sosial seperti Facebook, Instagram, tik tok dan yang lain² untuk mencapai pelanggan dan mempromosikan produk serta branding diri. Berbisness online membolehkan kedai maya kita beroperasi 24jam. Tetapi jika kita hanya fokus 2 jam sehari untuk bisness sudah memadai untuk bisness Shaklee dilandasan yang betul. Sebab itu ramai juga yang boleh menjadikan bisness Shaklee sebagai parttime bisness.



MARKETING PLAN YANG SUPER OHSEM

    Shaklee sebagai syarikat yang berteraskan MLM mempunyai marketing plan yang sangat- sangat menguntungkan, adil dan patuh syariah. Plan bonus sahaja pun dah ada banyak jenis. Ada

  • Bonus tunai/cash
  • Bonus kereta
  • Bonus trip
  • Bonus kepimpinan (pencen)
    Alhamdulillah, saya kini merasai kesemua jenis bonus yang ditawarkan oleh Shaklee. Bukan mudah dan juga bukan sukar. Tetapi jika ada kemahuan, sesiapa pun boleh mencapainya. Hanya letakkan impian dan berikan usaha yang terbaik kerana kita semua diberi penghargaan secara adil.




    Disamping itu juga, syarikat membantu memastikan pengedar² Shaklee dapat majukan diri dan kumpulan bisness ke arah yg lebih baik dan berjaya. Menyediakan majlis penganugerahan sama ada di Malaysia atau luar negara. Menyediakan kelas² nutrisi untuk semua ahli dan menjemput master² yang telah berjaya capai income 5-6 angka sebulan untuk membuat perkongsian serta mengajar teknik terkini dalam bisnes online Shaklee ini.



HARMONI, KASIH SAYANG DAN MESRA

    Sudah hampir 8 tahun lebih saya berada dalam bisnes Shaklee ni, saya suka dengan suasana yang dibina dalam komuniti Shaklee. Sentiasa positif, saling mendorong sama-sama untuk berjaya dan tak lokek berkongsi ilmu. Mudah mesra, bersangka baik dalam team. Asbab ukhuwah dalam team Shaklee JUTAWAN, LAT FAMILI, BOTG, YST, FD Empire dan TGC. Alhmdulillah rasa syukur dipertemukan dengan bisness dan orang-orang hebat yang berada dalam ikatan ukhuwah ini. Seronok bila bertemu walaupun dari group atau team yg memang berlainan. Masing-masing mudah mesra dan keakraban terkadang lebih dari adik beradik sendiri. Moga asbab bisness ini juga rezeki berkat membawa kita semua ke Jannah.

Tq sudi membaca nukilan saya. Jadi apa tunggu lagi?

Jom Sertai Bisnes Online Terbaik Di Malaysia 

Bersama Shaklee Sekarang!

Untuk sertai team saya dalam bisnes online Shaklee, ada 2 cara:

1. Bayar yuran hanya dengan RM35 sahaja atau

2. Beli item promosi bulan April 2023 SET RAHMAH atau mana-mana produk dengan harga RM350 (minima 100uv) untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA!

Boleh juga dapatkan konsultasi percuma sebelum membuat pembelian dari saya ya.

 

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! 

Boleh juga hubungi Faridah Daik, salah seorang team kami yang menjalankan Bisness Online dan juga Trainer Mobile Spa BOTG.

Oh ya! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran. 

NAK JADI AHLI SHAKLEE

Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama kami

RAFIAH SIDI ALI

SID : 1315216
No tel: 0133679300
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee TEMERLOH, PAHANG

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Comments

Popular posts from this blog

KATA - KATA MOTIVASI PEMBAKAR SEMANGAT

Dapat makan vitamin PERCUMA dengan "Cash Rebate"

RENEWAL Shaklee dengan mudah dan PERCUMA !!