Hari Raya Dengan Shaklee
Assalamualaikum. Selamat Hari Raya semua...
Waktu saya menulis entri ini sudah pun hari raya ke 5. Sejak balik kampung belah mertua di Triang (rumah saya di Temerloh) memang non stop kami beraya. Raya sakan orang cakap. Mana taknya, raya ke 2 kami dah berjalan raya ke rumah saudara di Chini yang ambil masa perjalanan hampir 3jam. Kemudian raya ke 3 pulang beraya ke kampung nenek di Teluk Intan Perak. Raya ke 4 ziarah Raya di Sungai Besar Selangor. Suami memang asal orang Kuala Selangor. Hari ni raya ke 5 siap-siap dah nak checkout homestay dan sambung perjalanan pulang ke kampung saya di Terengganu pula.
MasyaAllah raya sakan kan? hehe.. macam ni lah bila masing-masing ada keluarga jauh dari tempat menetap. Haa bila dah banyak rumah diziarah ni pastilah dijamu dengan makanan raya yang macam-macam. Perut tak sempat nak kosong lah raya macam ni. Adik beradik ramai ada berseloroh, puasa sebulan turun 5kg, 5 hari beraya naik balik 5kg. Haru betul, dan mereka ketawa lagi, hehe.
Sebab tu lah saya takkan lupa bawa bekalan semua vitamin Shaklee yang penting untuk elak berat naik mendadak. Walaupun makan makanan menu raya Melayu, insyallah dah telan siap-siap vitamin sebagai pencegahan alhamdulillah berat badan boleh maintain tau.
Anak yang sulung saya dah lebih tinggi dari saya, anak dah 6 orang. Kalau tak di jaga haa memang badan boleh jadi ala makcik-makcik. Sejak dah amalkan Shaklee ni dah hampir 10tahun dan waktu bulan puasa pun Sahur dan Berbuka dengan Set Ramadan Shaklee alhamdulillah berat badan masih mengekalkan badan ala-ala kakak gojes, hehe. Sekarang bila singgah beraya pun ramai yang tegur berat badan masih maintain dan ada yang tak sangka anak dah 6. Shaklee effect la ni, testimoni Shaklee bergerak tau.
Ok saya nak share Vitamin Set RAYA BERGAYA dengan Shaklee yang saya takkan miss bawak travel dan makan sepanjang raya ni :-
Semua supplemen dalam poster atas ni lengkap untuk perlindungan imuniti badan. Sebab bila dah travel jauh-jauh, badan pasti penat dan mudah mengantuk. Jadi vitamin semua ini perlu untuk badan kekal segar dan bertenaga. Bila banyak tempat berziarah badan juga terdedah dengan pelbagai penyakit. Ada yang mudah nak selsema, mudah demam. Vitamin yang menyokong sistem imun badan sangat penting untuk diri dan anak-anak.
SUPPLEMENT WAJIB MUSIM PERAYAAN
RAFIAH SIDI ALI
SID : 1315216
No tel: 0133679300
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee TEMERLOH, PAHANG
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRayaShaklee2023
Kakak gojes!! Hehehe.. apa barang jadi makcik-makcik kan.. kita kan makan Shaklee..
ReplyDeletemakan Shaklee auto jadi kakak gojes, ahakksss
Delete