Tips Kurus Dengan Cepat

 



    Lagi beberapa hari ummat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkin ketika ini ramai yang telah membeli baju baru dan jika yang masih belum beli pastinya akan memilih baju yang cantik dan terletak dibadan.

Kalau kaum wanita, memang banyak yang bermain di fikiran. Maklumlah semuanya harus sempurna. Pakaian yang cantik untuk OOTD, aksesori yang perlu digayakan dan tidak ketinggalan ialah bentuk badan.  

Jika anda juga salah seorang yang sedang berusaha menurunkan berat badan, dan masih tidak berjaya mendapatkan berat badan idaman walaupun sudah berpuasa selama sebulan, jangan susah hati. Ada cara mudah untuk menghilangkan lemak-lemak yang tidak diingini dan boleh dipraktikkan walaupun di musim perayaan nanti.

20 tips mudah dan ringkas untuk menurunkan berat badan dalam masa 10 hari

Jom semak dan amalkan. Tidak rugi pun mencuba.

1) Tambah pengambilan air kosong dalam diet harian. Kali ini minum 4 ke 5 liter air setiap hari.

2) Gantikan kopi dan teh dengan teh hijau. Teh hijau mampu menyingkirkan toksin dalam badan, malah ia juga rendah kalori.

3) Ambil jus perahan lemon dan madu pada setiap pagi ketika perut masih kosong.


 4) Kurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya nasi putih. Gantikan dengan hidangan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran.

5) Tambah pengambilan protein kerana protein berperanan membina otot badan sekali gus sangat efektif mengurangkan lemak dalam badan.


6) Makan banyak makanan tinggi serat kerana ia membuatkan perut kenyang lebih lama.

7) Elakkan junk food dan makanan segera kerana makanan ini selalunya tinggi gula dan garam yang boleh memperlambatkan proses penurunan berat badan.

8) Bersenam dengan betul. Tubuh badan yang aktif membantu proses penurunan berat badan dengan cepat. Boleh joging, berenang, yoga atau apa saja senaman kardio yang diminati.

9) Jika mampu, hindarkan tiga ‘racun’ putih iaitu nasi, garam dan gula. Jika sukar melakukannya, kawal pengambilannya.

10) Kecilkan saiz hidangan. Jika dulu anda ambil dua keping roti ketika sarapan, kali ini ambil sekeping sahaja.

11) Jangan sesekali melangkau waktu makan kerana ia hanya membuatkan perut terlalu lapar sehingga anda makan lebih banyak daripada biasa.

12) Ambil buah-buahan yang tinggi kandungan air dan rendah kalori seperti tembikai, betik, dan strawberi.

13) Pilih snek berkhasiat jika anda suka mengunyah sebelum tiba waktu makan.

14) Jangan ambil hidangan lengkap melebihi tiga kali sehari.

15) Dapatkan tidur berkualiti. Masuk tidur dan bangun tidur pada waktu yang sama pada setiap hari.

16) Simpan makanan berkhasiat di dapur. 

17) Cuba buang tabiat snacking dengan minum banyak air kosong.


18) Dapatkan kebaikan cahaya matahari. Kajian menunjukkan mereka yang cukup vitamin D kurang stres. Apabila kurang stres, berat badan lebih mudah dikurangkan.

19) Timbang berat badan dan ukur badan setiap dua hari untuk pastikan berat badan tidak tersasar.


20) Jangan mudah berputus asa jika mengikuti program diet. Dulu saya give up apabila buat sorang-sorang, diet berjenis2. Tapi apabila jumpa program Detox Jutawan dan terkini IF with Lat alhamdulillah ada perbezaan yang ketara. Syukur saya jumpa team yg sama-sama bermatlamat untuk kurus dengan cepat.

Ramai orang menanggung derita sebab nak KURUS DENGAN CEPAT. Sign up center kurus sampai terpaksa sengsara dengan macam-macam rawatan yang menyeksa diri. End up dapat buang 2kg sahaja, tapi bayar beribu-ribu RM! Memang kesian sangat.

Anda cuba ikuti tip yang saya berikan diatas ni, mana tau membantu anda kurus dengan cepat.

Nak kurus cepat cara saya pula, boleh link dibawah.

Nak join IF with LAt


 RAFIAH SIDI ALI

SID : 1315216
No tel: 0133679300
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee TEMERLOH, PAHANG

#NextlevelBlogging

#blogmegashaklee

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023







 


Comments

Popular posts from this blog

KATA - KATA MOTIVASI PEMBAKAR SEMANGAT

Dapat makan vitamin PERCUMA dengan "Cash Rebate"

RENEWAL Shaklee dengan mudah dan PERCUMA !!