Hari Raya Open House
Pelbagai juadah pencuci mulut |
3 jenis air minuman |
"Rasalah ketupat ini,
Dengan rendangnya sekali,
Sudilah rasa kuihku,
Pilihlah yang mana satu,
Hai di Hari begini, kita menjamu selera..."
Eh, layan lagu raya lagi? Of coz la kan... Raya kan sebulan. Asal ada hari cuti sekarang pun ada yang buat Hari Raya Open House kan? Haa.. korang ada plan nak buat open house ke tu? Dah fikir menu? Atau buntu nak buat menu apa?
Macam situasi saya sekarang, menu di kepala sangat banyak tapi hingga ke hari ini tidak dapat merealisasikan Open House Raya di rumah tahun ni. Al maklum lah bila ada baby ni, agak terbatas sedikit persediaan. Tambahan saya dan suami berPJJ dan anak sulung pula tahun ni dah masuk sekolah berasrama. Ibarat tangan kiri kanan dah tergantung maksudnya dah kurang pembantu tahun ni. Tapi dalam hati ni nak juga buat kecil-kecilan hujung minggu depan untuk kenalan terdekat. Insya Allah.
Tahun lepas kami buat Raya Open House agak besar juga lah kerana sekalikan dengan majlis kesyukuran "naik rumah". Mertua siap datang awal sehari tanpa disuruh. Mungkin kerana waktu itu saya tengah mengandung 5bulan, dapat lah mertua tolong mana yang patut. Menu Open House yang sempat saya sendiri masak adalah Rendang Ayam Minang, Nasi Impit, Bihun Sup, Macaroni goreng, Brownies, muffins. Menu utama Nasi Kuning , Ayam Masak Merah hanya mampu saya tempah sahaja. Gambar di atas antara sempat saya ambil gambar semasa Hari Raya Open House kami tahun lepas dan gambar di bawah pula antara tetamu yang datang memeriahkan majlis kami.
Majlis doa kesyukuran Naik Rumah |
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan ramai saudara-mara, jiran dan kenalan yang dapat datang beramah mesra dan menikmati jamuan makan. Bercakap tentang juadah raya tradisi Melayu tidak dapat lari dengan makan yang berkolestrol tinggi, kandungan gula. Jadi, atas diri sendiri sahaja yang boleh kawal selepas setiap jamuan OpenHouse raya.
Alfalfa |
Lecithin |
Comments
Post a Comment